
Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 7 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang, Johor, Jitra, Kangar, Kubang Kerian dan Melaka (Mydin Mall MITC). Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam. Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:
Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Sg Petani - masakan cina
Restoran Radix Chicken House (RCH), Jelempok, Kluang, Alor Setar & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll
Restoran Radix Pizza House (RPH), Sg Petani - pizza dan western food
Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Sg Petani - nasi ayam organik
Radix Bakery House (RBH), Sg Petani - kedai kek, roti, kek cawan, biskut & ban
HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara.
"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"*
*Sila tunjukkan kad ahli HPA semasa membeli untuk mendapatkan Nilai Mata (NM)

No comments:
Post a Comment